HONOR Malaysia mengemas kini penawaran untuk model premium mereka dengan membawakan pilihan warna baharu yang lebih menarik. Pilihan warna baharu tersebut dipanggil sebagai Coral Purple dan akan mula dijual bermula dari 25 Ogos ini.
Pilihan warna baharu ini ditawarkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi. Bercakap mengenai spesifikasi, tiada sebarang peningkatan spesifikasi yang dibawakan oleh HONOR pada Magic5 Pro Coral Purple.
Honor Magic5 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Untuk paparan, ia hadir dengan skrin LTPO jenis lengkung OLED bersaiz 6.81-inci dengan paparan 120Hz.
Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Untuk swafoto ia tampil dengan sensor 12MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor Supercharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Bersempena dengan sambutan ini, HONOR Malaysia turut melancarkan promosi khas yang menawarkan pelbagai diskaun dan hadiah percuma yang bernlai RM10juta.
Promosi khas ini akan bermula dari 25 Ogos hingga 17 September 2023, tersedia untuk telefon pintar dan komputer riba MagicBook . Sepanjang tempoh promosi khas ini, pelanggan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk Honor Magic 5, Mesin Nescafe dan Earbuds Honor. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini layari laman web rasmi HONOR Malaysia.