realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran realme 11 5G untuk pasaran tempatan pada 30 Ogos ini. Peranti ini dijangka akan hadir dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik.
Jika merujuk kepada spesifikasi yang dikongsi, realme 11 5G akan dijana dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz.
Untuk fotografi, realme 11 5G akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan kamera utama 108MP 3x zum + 2MP potrait. Manakala untuk swofoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Dimuatkan dengan 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.
Acara pelancaran ini turut boleh ditonton secara dalam talian melalui media sosial rasmi realme Malaysia seperti Facebook, TikTok dan YouTube. Pada acara ini, realme dijangka akan turut mengumumkan beberapa perkara menarik bersempena dengan ulang tahun ke-5 mereka.