Selepas lebuhraya MEX, KESAS dan SPRINT. Kini lebuhraya LDP turut menyokong alternatif pembayaran kad debit dan kredit melalui Sistem Pembayaran Terbuka (SPT).
Berikutan dari itu, pengguna boleh melihat lorong khusus untuk pembayaran menggunakan STP. Pada lorong khusus tersebut, terdapat dua terminal diletakkan dengan satu untuk Touch ‘n Go dan satu lagi untuk kad debit atau kad kredit. Selain itu, terminal tersebut turut menyokong pembayaran melalui Samsung Pay da Apple Pay kerana menggunakan teknologi yang sama.
Dengan pengenalan STP, pengguna kini mempunyai lebih banyak alternatif pembayaran, selain apa yang ditawarkan pada ketika ini melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Kerajaan sebelum ini, mengumumkan terdapat 12 lebuhraya yang akan melaksanakan Sistem Pembayaran Terbuka. Berikutan dari itu, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak lebuhraya akan menyokong pembayaran ini secara berperingkat bermula September 2023.