Close

realme GT5 akan dilancarkan pada 28 Ogos ini

realme secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk realme GT5 yang akan berlangsung pada 28 Ogos ini di China. Melalui acara yang sama, realme dijangka akan turut memperkenalkan TWS baharu mereka iaitu realme Buds Air 5 dan Buds Air 5 Pro.

Selain berkongsi tarikh pelancaran, realme turut berkongsi beberapa maklumat awal mengenai spesifikasi realme GT5. Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dipadankan dengan 24GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0.

Walaubagaimanapun, realme tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai rekaan yang akan digunakan pada realme GT5. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN