Close

Facebook bakal diharamkan di Thailand – Ini sebabnya…

Thailand merancang untuk mengharamkan aplikasi media sosial iaitu Facebok kerana masalah penipuan yang semakin meningkat.

Berikutan dari itu, Menteri Digital Thailand telah meminta mahkamah untuk menutup platform Facebook (Meta) secara keseluruhan. Thailand sebelum ini, telahpun meminta Facebook untuk mengambil tindakan ke atas semua iklan yang dikenal pasti sebagai penipuan. Namun, perkara tersebut tidak dilaksanakan oleh Meta.

Thailand ketika ini sedang mengumpul bukti salah laku Facebook untuk dikemukan di Mahkamah. Sekiranya terdapat salah laku, mahkamah boleh mengarahkan penutupan halaman dan akaun. Atau lebih teruk akan menutup keseluruhan platform.

Masalah penipuan melalui Facebook di Thailand ketika ini berada di paras yang merisaukan dengan 200,000 kes telah dicatatkan pada ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN