Close

Pengguna WhatsApp di Malaysia kini boleh menghantar imej pada resolusi HD

Fungsi menghantar imej pada resolusi HD melalui WhatsApp kini tersedia untuk pengguna di Malaysia. Melalui fungsi ini, pengguna kini boleh menghantar imej pada resolusi yang berkualiti tinggi berbanding sebelum ini.

Pengguna kini mempunyai pilihan untuk menghantar imej pada HD Quality (HD) atau Standard Quality (SD). Fungsi ini tidak ditetapkan secara automatik, pengguna perlu memilih pada bar suntingan. 



Sekiranya fungsi ini telah tersedia, pengguna boleh melihat pilihan HD pada bahagian atas suntingan. Selain itu, imej yang dihantar pada resolusi tinggi akan terdapat perkataan HD.



Namun begitu, fungsi ini hanya boleh digunakan pada imej yang diambil menggunakan kamera. Imej yang dimuat turun tidak boleh dihantar dengan kualiti HD hanya ditetapkan pada resolusi SD sahaja.

Untuk mula menggunakan fungsi ini, pastikan aplikasi WhatsApp anda telah dikemas kini kepada yang terkini.

ARTIKEL BERKAITAN