Close

Tesla Supercharger di Pavillion KL kini diaktifkan – Kadar caj RM1.25 untuk setiap kWh

Gambar : Tom Guide

Stesen pengecasan Tesla Supercharger yang dipasang di kawasan parkir Pavillion, Kuala Lumpur kini telahpun diaktifkan. Stesen pengecasan ini menawarkan kuasa pengecasan DC pada 250 kW.



Kadar caj pengecasan yang dikenakan adalah RM1.25 untuk setiap kWh. Selain itu, caj Idlee Fees turut dikenakan sebanyak RM4.00 seminit sekiranya pengguna membiarkan kereta elektrik selepas pengecasan selesai. Stesen pengecasan ini hanya tersedia untuk kereta elektrik Tesla sahaja.


Tesla sebelum ini, telahpun menyenaraikan 10 lokasi untuk pemasangan Supercharger di Malaysia iaitu di Seberang Perai, Senawang, Ipoh, Bukit Bintang, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Dengkil dan Iskandar Puteri.


Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain. Selain menyokong sistem pengecasan, Tesla akan turut membuka ibu pejabat dan pusat servis.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN