Close

iPhone 15 mungkin akan hadir dengan kabel USB-C yang lebih tahan lasak

Apple dilaporkan akan menawarkan kabel pengecasan USB-C dengan warna yang sepadan dengan warna iPhone 15. Penawaran ini akan menjadikan iPhone 15 lebih menarik berbanding model sebelumnya yang ditawarkan dengan kabel pengecasan berwarna putih.


Yaay…yes?
But seems more likely as purple for me pic.twitter.com/0kWPk6YdeM

— Kosutami (@KosutamiSan) August 21, 2023

 

Melalui imej yang dikongsi Kosutami dan Majin Bu di X, memperlihatkan 5 pilihan warna kabel pengecasan USB-C yang didakwa untuk iPhone 15. 5 pilihan warna tersebut adalah hitam, oren, merah jambu, biru, dan ungu. 


This is supposed to be the iPhone 15 USB C cable, I found this photo online but currently I can’t trace the resource, so I can’t be sure if it’s true or not pic.twitter.com/bTILwlxxG5

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 19, 2023

 

Selain hadir dengan pelbagai warna, kabel pengecasan USB-C ini turut dilihat menggunakan kemasan jenis braided yang lebih tahan lasak. Kemasan ini turut digunakan pada kabel MagSafe untuk pembelian MacBook Air.

Dengan laporan ini, kita mungkin boleh menjangkakan pilihan warna yang akan ditawarkan oleh Apple untuk siri iPhone 15. 

ARTIKEL BERKAITAN