Close

OnePlus dan realme dilaporkan tidak lagi hadir dengan cip MediaTek

OnePlus dan realme dilaporkan tidak lagi akan hadir dengan cip dari MediaTek dan hanya akan menggunakan cip dari Qualcomm.

Menurut laporan, OnePlus dan realme secara eksklusif akan dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon pada semua peranti mereka bermula pada 2024 dan ke atas. Termasuk peranti andalan dan juga peranti kelas pertengahan.

Berikutan dari itu, peranti seterusnya iaitu OnePlus 12R dan OnePlus Nord 4 dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan cip Snapdragon 7 Gen 3. Seterusnya, OnePlus 12 dijangka akan menjadi peranti pertama yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. 

Kebanyakan pengeluar memilih untuk menggunakan cip MediaTek kerana penawaran harga untuk peranti dengan cip ini adalah lebih mampu milik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN