Close

Threads versi Web kini tersedia untuk semua pengguna


Selepas dilepaskan secara berperingkat pada minggu lalu, Thread versi web kini telahpun tersedia untuk semua pengguna di seluruh dunia.

Threads versi web ini dilihat memudahkan pengguna untuk menguruskan pelbagai perkara seperti mana yang ditawarkan pada aplikasi Meta versi web yang lain iaitu Facebook dan Instagram.


Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu melayari web Thread. Kemudian lakukan log masuk melalui email dan kata laluan atau melalui akaun Instagram.


Seperti mana pada aplikasi Thread, versi web turut menawarkan fungsi yang sama. Namun, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Buat masa ini, fungsi Thread masih lagi terhad. Meta dijangka akan memperkenalkan lebih banyak fungsi untuk menjadikan Thread lebih menarik.

Threads yang dibangunkan oleh Meta merupakan alternatif kepada aplikasi media sosial Twitter sekarang dikenali sebagai X. Menawarkan antara muka seperti Instagram, tetapi hadir dengan fungsi mirip seperti Twitter. 

ARTIKEL BERKAITAN