Close

Sime Darby ambil alih 61.2% pegangan UMW bernilai RM3.57 billion

Gambar : Sime Darby

Sime Darby Berhad (Sime Darby) mengumumkan pembelian pegangan saham UMW Holdings Berhad sebanyak 61.2% dengan nilai sekitar RM3.57 billion iaitu RM5 sesaham.

Dengan pengambil-alihan ini menjadikan Sime Darby sebagai pemain utama dalam sektor automotif di negara ini. Ia juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Sime Darby dengan menguasai 60% daripada jumlah keseluruhan industri automotif domestik dengan penambahan dua jenama popular iaitu Perodua dan Toyota.

 

Selain itu, pengambil-alihan ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi pendapatan bersih dan pulangan pegangan saham Sime Dabry. Pengambilah-alihan ini menjadikannya ia sebagai penggabu­ngan korporat terbesar dalam sejarah setakat ini.

 

Sime Darby ketika ini telahpun mempunyai sejumlah jenama dibawahnya iaitu Roll-Royces, Porsche, BYD, BMW, Mini dan lain-lain.

Proses pengambilalihan ini dijangka akan dapat selesai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN