Close

Nothing OS 2.0 untuk Phone (1) dijangka akan tersedia bermula minggu hadapan

Berita gembira untuk pengguna Nothing Phone (1). Kemas kini sistem operasi baharu iaitu Nothing OS 2.0 dijangka akan tersedia bermula minggu hadapan.

The wait is almost over.

We’ve been cooking up Nothing OS 2.0 for Phone (1), and as promised it’ll be out next week. https://t.co/7UOnkTaYMP

— Nothing (@nothing) August 22, 2023

Melalui perkongsian Nothing di X, menyatakan yang Nothing OS 2.0 untuk Phone (1) kini berada di fasa akhir pecubaan dan akan mula dilepaskan kepada pengguna bermula minggu hadapan.
Nothing OS 2.0 dibina berasaskan Android 13. Tampil dengan pelbagai peningkatan seperti antara muka yang lebih menarik, fungsi yang lebih baik dan prestasi yang lebih unggul.
Antara perkara menarik mengenai Nothing OS 2.0 adalah sokongan widget aktif pada lockscreen, tema monokrom yang lebih menyeluruh dan fungsi Glyph baharu. Namun begitu, terdapat kemungkinan yang keupayaan Nothing OS 2.0 pada Phone (1) akan sedikit berbeza berbanding Phone (2).

ARTIKEL BERKAITAN