OPPO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran telefon lipat clamshell baharu mereka yang seterusnya iaitu Find N3 Flip pada 29 Ogos ini. Melalui acara yang sama, OPPO akan turut melancarkan jam tangan pintar baharu iaitu Watch 4 Pro.
Seiring dengan perkongsian tersebut, OPPO turut berkongsi beberapa maklumat awal mengenai kedua-dua peranti tersebut. Untuk Find N3 Flip, ia dilihat akan hadir dengan rekaan kamera yang lebih menonjol dengan rekaan bulat berbanding model sebelumnya.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Hasselblad yang menjanjikan kemampuan kamera yang lebih baik. Rekaan skrin luar masih lagi menggunakan rekaan menegak sama seperti model sebelumnya.
Manakala untuk OPPO Watch 4 Pro, ia dilihat tampil dengan perubahan yang ketara dari segi rekaan. Menggunakan rekaan skrin segi empat jenis melengkung yang dipadankan dengan tali dari kulit dan silikon. Selain rekaan, ia dijangka akan turut dilengkapi dengan sensor dan fungsi yang dipertingkat.