Close

iQOO Z7 5G kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu Supernova Orange

iQOO Malaysia mengemas kini penawaran untuk model iQOO 7Z 5G mereka dengan membawakan pilihan warna baharu yang lebih menarik iaitu Supernova Orange. Menjadikan iQOO 7Z 5G kini mempunyai tiga pilihan warna secara keseluruhan.
Penawaran warna baharu ini tidak membawakan sebarang perubahan spesifikasi. iQOO Z7 5G dilengkapi dengan skrin 6.64-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 782G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalama 256GB. Kamera utama 64MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 120W.

iQOO Z7 5G Supernova Orange ini ditawarkan pada harga RM1499. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula pada 25 Ogos 2023 melalui kedai rasmi dalam talian iQOO Malaysia. Setiap pembelian akan menerima TWS secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN