Selepas diumumkan pada minggu lalu, fungsi menghantar video pada resolusi HD kini dilihat telahpun tersedia pada beberapa pengguna WhatsApp terpilih.
Seperti fungsi menghantar imej pada resolusi HD, pengguna kini mempunyai pilihan untuk menghantar video pada HD Quality (HD) atau Standard Quality (SD). Namun begitu, fungsi ini hanya menyokong dua resolusi sahaja iaitu 1280 x 720 pixel untuk HD dan 640 x 368 pixel untuk SD. Fungsi ini juga tidak ditetapkan secara automatik, pengguna perlu memilih pada bar suntingan.
Langkah penggunaan juga dilihat sama seperti menghantar imej HD. Pengguna perlu memilih video kemudian, tekan ikon HD pada bar suntingan dan pilih saiz video yang ingin dihantar.
Walaubagaimanapun, video yang dihantar tidak akan memaparkan label HD berbeza dengan imej ayng akan memaparkan label HD selepas dihantar. Fungsi ini dijangka akan tersedia untuk semua pengguna di seluruh dunia secara berperingkat.