Close

HONOR Magic5 Pro Coral Purple kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM3999

HONOR Magic5 Pro dalam pilihan warna Coral Purple kini boleh mula dibeli di Malaysia. Dengan penawaran warna baharu ini ia menjadikan HONOR Magic5 Pro kini mempunyai 3 pilihan warna iaitu Meadow Green, Black dan Coral Purple.

Seperti namanya, HONOR Magic5 Pro Coral Purple ini tampil dengan warna ungu yang dipadankan dengan kemasan dari vegan leather. Pilihan warna ini tampak berbeza dan unik berbanding pilihan warna yang ada di pasaran ketika ini. Selain itu, panel belakang menggunakan kemasan jenis kesat sekaligus memberikan lebih cengkaman ketika dipegang.

Tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi, masih lagi dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Untuk paparan, ia hadir dengan skrin LTPO jenis lengkung OLED bersaiz 6.81-inci dengan paparan 120Hz. 



Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Untuk swafoto ia tampil dengan sensor 12MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor Supercharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Pilihan warna baharu ditawarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Bagi yang berminat, HONOR Magic5 Pro dijual pada harga RM3999 dan ditawarkan dalam unit yang terhad. Bersempena dengan penawaran ini, HONOR Malaysia turut melancarkan promosi khas yang menawarkan pelbagai diskaun dan hadiah percuma yang bernlai RM10 juta. 




ARTIKEL BERKAITAN