Seperti yang kita tahu, siri iPhone 15 bakal menjadi iPhone pertama yang akan hadir dengan pengecasan USB-C. Namun begitu, Apple dijangka akan membezakan teknologi USB-C yang akan digunakan pada model biasa dan model Pro.
New iPhone 15 USB C Cable Info Confirmed
1.6M long
16Pins
Thicker and more resistant
USB 2.0 20V3A
No MFI pic.twitter.com/WV4unodWPg— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 23, 2023
Terbaru, melalui perkongsi Majin Bu di X. Mendedahkan yang iPhone 15 dan 15 Plus dijangka akan hadir dengan teknologi USB-C 2.0. Teknologi ini adalah teknologi lama dan hanya menyokong pengecas sehingga 20W sahaja. Selain itu, dari segi penghantaran data teknologi ini hanya menyokong kelajuan pada 480 Mbps sahaja.
Berbeza pada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, ia dilaporkan akan menggunakan teknologi yang lebih maju iaitu USB-C 3.2 2×2. Teknologi ini menyokong pengecasan sehingga 35W dan penghantaran data pada 20Gbps atau 40Gbps melalui Thunderbolt 3.