Close

One UI adalah resipi rahsia Samsung pada Galaxy Z Fold5

Tidak dapat dinafikan pada ketika ini terdapat banyak peranti boleh-lipat di pasaran. Hadir dengan pelbagai spesifikasi dan fungsi menarik. Namun begitu, buat setakat ini kami merasakan tiada peranti boleh-lipat lain yang setanding dengan apa yang ditawarkan oleh Samsung melalui One UI pada Galaxy Z Fold5.


Tidak hanya menawarkan sistem operasi yang baik pada Galaxy Z Fold5. Samsung turut menawarkan pelbagai fungsi menarik dan juga kemampuan yang lebih baik untuk produktiviti.



Galaxy Z Fold5 menjalankan sistem operasi yang terkini iaitu One UI 5.1.1 yang berasaskan Android 13. Masih lagi mengekalkan antaramuka yang minimalis dan juga mudah untuk difahami. Selain itu, ia turut membawakan beberapa penambahbaikan dan juga fungsi baharu yang memanfaatkan kepada keupayaan peranti boleh-lipat. 


Antara fungsi yang kami suka pada Galaxy Z Fold5 adalah bar tugas yang kini ia mampu memaparkan sehingga 4 aplikasi baharu secara automatik. Fungsi ini membolehkan pengguna beralih atau menukar aplikasi lain dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, fungsi ini juga boleh diubah suai mengikut kepada kesesuaian pengguna.



Fungsi recent apps juga kini dipertingkat memaparkan semua aplikasi dengan lebih menyeluruh dan menyokong dalam pelbagai mod seperti full screen mode, pop-up mode dan split-screen mode.


Terdapat juga fungsi Mod Flex, yang mana fungsi ini secara automatik akan dipaparkan apabila peranti dilipat pada kedudukan sudut 75 dan 115 darjah. Fungsi ini akan menukarkan separuh skrin menjadi kawalan seperti touchpad dan separuh lagi memaparkan kandungan atau aplikasi yang sedang dijalankan.


Seperti di aplikasi kamera, fungsi ini boleh digunakan untuk melihat imej terakhir yang diambil dalam masa yang sama boleh mengawal semua akses kamera seperti mengawal PC dengan menggunakan touchpad. Mod Flex ini turut menyokong beberapa aplikasi lain seperti YouTube, X dan Google Chrome.


Galaxy Z Fold5 mampu menjalankan sehingga 3 aplikasi secara serentak dan boleh mengubah saiz atau menukar aplikasi yang sedang dijalan dengan hanya meleretkannya. Kemampuan ini memberikan pengguna lebih banyak kebebasan dan memudahkan untuk menguruskan aplikasi.


 Terdapat juga pelbagai fungsi yang menarik seperti Multi Windows yang membolehkan aplikasi dibuka secara berbilang tingkap, Samsung Dex menukar antaramuka menjadi seperti PC, Side Button butang pintas untuk mengakses aplikasi dan banyak lagi.


Secara keseluruhan, kami telahpun mencuba beberapa peranti boleh-lipat pada tahun ini. Namun, pada hemat kami sistem operasi One UI mempunyai resipi yang tersendiri menjadikan ia berbeza dari sistem operasi pada peranti boleh-lipat lain. Selain itu, Samsung turut menawarkan kemas kini yang lebih lama berbanding pengeluar lain dengan 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

 

ARTIKEL BERKAITAN