Close

Rekaan kereta elektrik pertama Xiaomi MS11 tertiris

Rekaan kereta elektrik pertama dari Xiaomi iaitu MS11 telahpun tertiris. Sekaligus memberikan gambaran awal mengenai rekaan yang akan digunakan.

Kereta elektrik tersebut telah dikesan sedang melakukan ujian di lebuh raya Urumqi-Changji di China. Melalui imej yang dikongsi, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan kerana bahagian utama kereta telah disembunyikan. 


Namun begitu, apa yang dapat dipastikan adalah MS11 merupakan sebuah sedan empat pintu. Model ini akan bersaing dengan model seperti Tesla Model 3, Deepa SL03 dan BYD Seal yang dijual dengan julat harga yang sama.

MS11 dijangka akan hadir dengan dua pilihan varian iaitu Standard dan Long Range. Untuk model standard ia akan menyokong jarak gerak sekitar 600 km dengan pacuan semua roda. Manakala, untuk model long range ia akan menyokong jarak gerak sekitar 800 km dengan pacuan roda belakang.

Selain itu, MS11 akan menggunakan teknologi bateri CATL bersama dengan sensor Lidar dan akan dijana dengan cip  Qualcomm 8295.

Kereta elektrik pertama dari Xiaomi ini dijangka akan dilancarkan di China pada tahun hadapan dengan harga jualan akan bermula sekitar RMB260,000 hingga RMB350,000 (RM165K hingga RM223K).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN