realme secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu realme GT5. Membawakan sejumlah peningkatan yang menarik dari segi rekaan dan spesifikasi yang lebih berkuasa.
realme GT5 dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.74-inci dengan paparan 144Hz. Turut menyokong teknologi Pro XDR, kecerahan puncak 1400 nits dan PWD Dimming 2160Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP sudut lebar + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu pengecasan 240W dan 150W. Untuk 240W ia hadir dengan bateri 4600mAh dan 150W pula dengan bateri 5240mAh.
Fungsi menarik yang dibawakan pada realme GT5 adalah ia hadir dengan sokongan lampu RGB yang diletakkan di bahagian modul kamera. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah pembesar suara jenis stereo dari Dolby Atmos, WiFi 7, Bluetooth 5.3 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.
Di China, realme GT5 dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1913) untuk pengecasan 150W dan meningkat kepada CNY37999 (RM2424) untuk pengecasan 240W.