Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF dijangka akan memperkenalkan produk pertama mereka tidak lama lagi. Sub-jenama ini memfokuskan kepada produk yang lebih mampu milik dengan rekaan yang unik untuk menjadikan ia berbeza dari apa yang ditawarkan di pasaran.
Terbaru, CMF by Nothing dilaporkan akan memperkenalkan bukan satu tetapi tiga produk iaitu CMF Watch Pro, CMF Buds Pro dan CMF Power 65W Gan. Menariknya, ketiga-tiga produk ini akan ditawarkan dalam pilihan warna yang sama iaitu Oren.
Untuk spesifikasi, CMF Watch Pro dijangka akan hadir dengan rekaan jenis segi empat bersama dengan skrin 1.96-inci AMOLED. Dimuatkan dengan bateri 330mAh yang mampu bertahan sehingga 13 hari. Turut hadir dengan pelbagai fungsi kesihatan asas seperti SpO2, pemantaun kadar jantug, pola tidur dan tekanan harian. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68.
Manakala untuk CMF Buds Pro, ia akan hadir dengan keupayaan ANC pada 45dB dan menyokong teknologi Clear Calls dan penarafan IP54. Menggunakan pemacu dinamik 10m, 3 mikrofon HD pada setiap putik dan menyokong teknologi Ultra Bass. Selain itu, ia turut turut dilengkapi dengan bateri 460mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam dan 37 jam dengan bekas pengecas.
Produk terakhir iaitu CMF Power 65W GaN, hadir dengan 3 port pengecasan yang merangkumi USB-C dan USB-A. Menyokong pelbagai teknologi pengecasan seperti USB PD 3.0, Qualcomm Quick Charge 4.0+/3.0/2.0, Apple 2.4A, Samsung 9V2A, SCP, FCP, PPS dan DCP. Dari segi pelindungan ia menyokong circuit protection, over-temperature protection, over-current protection dan under-voltage protection. Ketiga-tiga produk ini dijangka akan dilancarkan pada awal September ini.