Selepas tidak dilancarkan sebelum ini, Samsung dijangka akan menawarkan kembali siri Fan Edition (FE) melalui model Galaxy S23. Berikutan dari itu, terdapat beberapa laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti ini.
![]() |
Gambar : SmartPrix |
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan dilancarkan pada September ini. Tarikh pelancaran tersebut dikatakan sepadan dengan laporan sebelum ini yang menyatakan peranti tersebut akan dilancarkan pada suku ke-3 2023 yabg merujuk kepada bulan Julai hingga September.
Selain itu, Samsung Galaxy S23 FE juga dilaporkan telah dikesan mendapatkan pengesahan pensijilan Bluetooth dari SIG. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
![]() |
Gambar : SmartPrix |
Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan hadir dengan cip Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1. Menggunakan skrin Dynamic AMOLED bersaiz 6.4-inci yang menyokong paparan 120Hz. Tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W.