Close

HUAWEI Mate60 Pro dilancarkan – Kamera XMAGE 50MP, pengecasan 88W dan bateri 5000mAh


Huawei secara rasmi telahpun melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Mate60 Pro di China. Menariknya, peranti ini telah diumumkan tanpa sebarang acara pelancaran sebaliknya ia hanya dimaklumkan sedia untuk dibeli secara dalam talian di China bermula hari ini.

Huawei Mate60 Pro hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.82-inci bersama dengan paparan LPTO 1Hz hingga 120Hz. Dilindungi dengan kaca Kunlun Glass dan menyokong PWM Dimming pada 1440Hz. Menggunakan 12GB RAM dan storan dalam sehingga 512GB. Namun begitu, maklumat mengenai cip pemprosesan tidak dinyatakan di laman web rasmi.

Dari segi fotografi, Huawei Mate60 Pro ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 12MP ultra lebar + 48MP OIS telefoto dengan kemampuan 3.5x zum optik dan 100x zum digital. Keupayaan kamera ini ditala dengan sistem XMAGE yang menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik. Manakala untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 13MP.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 88W, tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 20W.


Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah ini seperti NFC, Wi-Fi 5/Wi-Fi 6, USB-C 3.1 Gen 1, Bluetooh 5.2, panggilan satelit, penarafan IP68 dan menjalankan HarmonyOS 4.0. Di China, Huawei Mate60 Pro ini dijual pada harga sekitar CNY6999 (RM4458) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN