Close

realme 11 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1199

realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti kelas pertengahan baharu untuk pasaran tempatan melalui model realme 11 5G. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dan rekaan yang menarik dan berbeza dari model sebelumnya.



Dari segi rekaan, realme 11 5G menggunakan rekaan jenis berkotak dengan sisi dan skrin jenis rata. Manakala, pada panel belakang ia hadir dengan kemasan jenis berkilat bersama dengan bonggol kamera bulat.


Untuk spesifikasi, realme 11 5G hadir dengan skrin IPS LCD FHD+ jenis rata bersaiz 6.72-inci.  Menyokong paparan 120H, kecerahan puncak sehingga 689 nits dan touch sampling rate pada 240Hz. Dijana dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256 GB. 
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP jenis punchole yang diletakkan pada bahagian tengah. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.2, pengecasan jenis USB-C, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

Di Malaysia, realme 11 5G dijual pada harga RM1199. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN