Close

Sony A7C II dan A7C R diperkenalkan dengan cip pemprosesan Bionz XR dan sensor 61MP

 

Sony secara rasmi melancarkan dua kamera baharu iaitu Sony A7C II dan A7C R bagi menggantikan model sebelumnya. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, rekaan dan juga fungsi menarik.

 

Dari segi rekaan, Sony A7C II masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Namun, ia dimuatkan dengan sensor dan spesifikasi yang lebih baik. Hadir dengan skrin 3-inci sesentuh yang boleh dipusing untuk melakukan rakaman swavideo dengan lebih mudah. Menggunakan EVF OLED dengan 2.36 juta titik yang menyokong 0.7x magnification.

 

Sony A7C II dilengkapi cip pemprosesan imej Bionz XR yang dipadankan dengan sensor 31MP Exmor-R bersama sistem penstabilan 5 paksi IBISMampu merakam sehingga 10 fps melalui  pengatup elektronik atau mekanikal, serta mampu merakam video sehingga 4K dengan pensampelan 7K. Turut dilengkapi dengan keupayaaan AI untuk pengecaman subjek, penjejakan masa nyata dan pembingkaian auto.

 

Selain itu, A7C II ini menyokong rakaman pada resolusi 4K 60p dalam format Super35 dan FHD pada 120p. Untuk pensampelan warna, ia menyokong HLG, S-Log3, S-Cinetone, 10-bit dan juga LUT. 

 

Manakala untuk Sony A7C R, ia kini hadir dengan rekaan yang lebih kecil dan kompak seperti A7C II. Dilengkapi dengan cip pemprosesan imej Bionz XR yang dipadankan dengan sensor 61MP Exmor-R bersama sistem penstabilan 5 paksi IBISDimuatkan dengan skrin 3-inci sesentuh yang menggunakan EVF OLED dengan 2.36 juta titik.

 

Turut dilengkapi dengan keupayaaan AI untuk pengecaman subjek, penjejakan masa nyata dan pembingkaian auto. Selain itu, ia mampu merakam pada 8 fps dengan pengatup mekanikal dan 7 fps dengan pengatup elektronik. Untuk rakaman video, ia menyokong rakaman pada resolusi 4K 60p dalam format Super35 dan FHD pada 120p. 

Untuk harga jualan, Sony A7C II dijual pada harga $2200 (RM10,217) dan A7R C pula dijual pada $3000 (RM13,939) untuk badan sahaja. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam. Kedua-dua model ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada November tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN