Close

Siri Google Pixel 8 dilaporkan akan menyokong kemas kini Android sehingga 5 tahun

Google dijangka akan memberikan kemas kini yang lebih panjang pada siri Google Pixel 8, berbanding apa yang ditawarkan pada siri Google Pixel sebelum ini iaitu 3 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

Terbaru, Google dilaporkan akan memberikan kemas kini yang lebih panjang untuk siri Google Pixel 8 iaitu 5 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Ia sekaligus akan menjadikan siri Google Pixel 8 model paling panjang mendapat kemas kini dalam sejarah Android setakat ini.

Pada ketika, Samsung dan HONOR adalah pengeluar yang menawarkan kemas kini yang lebih panjang iaitu 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan dan 3 tahun kemas kini Android dan 5 tahun keselamatan.

Dengan kemas kini yang lebih panjang, peranti dari Google dilihat akan menjadi pilihan bagi pengguna yang mementingkan kepada kemas kini. Selain itu, pengeluar dijangka akan turut menawarkan kemas kini yang lebih panjang untuk peranti mereka pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN