Huawei telahpun melancarkan peranti andalan baharu mereka iaitu siri Mate60. Menarik mengenai model ini adalah, ia dilancarkan secara senyap dan dikuasakan dengan cip pemprosesan baharu iaitu Kirin 9000s.
Huawei Mate60 Pro hadir dengan pelbagai peningkatan seperti keupayaan kamera yang lebih baik, rekaan yang lebih menarik, spesifikasi yang berkuasa dan menyokong panggilan melalui satelit.
Dalam laporan terbaru, Huawei menyatakan Mate60 Pro ini tidak akan ditawarkan untuk pasaran global. Sebaliknya, ia hanya akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja.
Huawei tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengapa peranti ini tidak ditawarkan untuk pasaran luar China. Kita mungkin boleh menjangkakan yang ia disebabkan oleh beberapa masalah seperti keupayaan cip pemprosesan yang terhad, geopolitik dan sebagainya.