Close

Lebuhraya AKLEH kini menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kredit

Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) mengumumkan yang mereka kini menyokong alternatif pembayaran tol melalui kad debit dan kredit. Sekaligus memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk melakukan pembayaran tol.



Berikutan dari itu, pengguna boleh melihat lorong hibrid untuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit di plaza tol. Pada ketika ini, terdapat tiga cara pembayaran tol iaitu melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Selain AKLEH, terdapat 8 lagi lebuhraya yang telah menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kredit iaitu MEX, LDP, KESAS, NPE, BESRAYA, DUKE, Sprint dan Smart Tunnel. Kerajaan sebelum ini, mengumumkan terdapat 12 lebuhraya yang akan menyokong pembayaran melalui kad debit dan kredit menjelang September 2023.

ARTIKEL BERKAITAN