Close

Yes kini menyokong eSIM – Ini senarai peranti yang menyokong

Syarikat Telekomunikasi Yes mengumumkan yang mereka kini menyokong eSIM untuk perkhidmatan rangkaian mereka yang merangkumi pelan pascabayar dan prabayar. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk mengaktifkan rangkaian tanpa perlu memasukkan SIM fizikal.

Untuk mendapatkan dan mengaktifkan eSIM Yes ia boleh dilakukan melalui aplikasi My Yes. Langkah ini boleh digunakan untuk pengguna baru dan juga sedia ada. Selain melalui aplikasi, pengguna juga boleh mendapatkan dan mengaktifkan eSIM melalui laman web rasmi Yes atau kedai fizikal rasmi Yes di seluruh Malaysia.

Seiring dengan pengumuman tersebut, Yes telah mengeluarkan senarai peranti yang menyokong eSIM Yes. Buat masa ini, terdapat 5 jenama peranti yang menyokong iaitu Samsung, HONOR, OPPO, Xiaomi dan Vivo.

  

Senarai penuh peranti yang menyokong eSIM Yes.

  • Siri Samsung Galaxy S23
  • Siri Samsung Galaxy S22
  • Siri Samsung Galaxy S21
  • Siri Samsung Galaxy S20
  • Siri Samsung Galaxy Note 20
  • Samsung Galaxy Z Flip
  • Samsung Galaxy Fold
  • Samsung Galaxy Z Flip 2
  • Samsung Galaxy Fold 2
  • Samsung Galaxy Z Flip 3
  • Samsung Galaxy Fold 3
  • Samsung Galaxy Z Flip 4
  • Samsung Galaxy Fold 4
  • Samsung Galaxy Watch Active 2
  • Samsung Galaxy Watch 5/ Watch 5 Pro LTE 
  • Samsung Galaxy Watch 4 Classic/ Watch 4 LTE
  • Siri Samsung Galaxy Watch 3 with LTE
  • Honor Magic5 Pro
  • Honor Magic4 Pro
  • Honor Magic Vs
  • Oppo Find X5 pro
  • Xiaomi 13 Pro
  • Xiaomi 13
  • Xiaomi 13T
  • Xiaomi 12T Pro
  • Vivo X90 Pro

Untuk maklumat lanjut mengenai eSIM Yes. Boleh layari laman web rasmi Yes.

ARTIKEL BERKAITAN