Close

Apple kini memaparkan jumlah kitaran bateri pada Siri iPhone 15

Apple kini membenarkan pengguna iPhone untuk menyemak jumlah kitaran bateri dengan lebih mudah tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga atau melalui data analitik yang disalin ke dalam nota.

Can confirm iPhone 15s now show battery cycle count in Settings > General > About pic.twitter.com/G0bOsYYCx4

— Ray Wong (@raywongy) September 20, 2023

 

Menerusi perkongsian Ray Wong di platform X, menyatakan yang pengguna siri iPhone 15 kini boleh menyemak jumlah kitaran bateri dengan lebih mudah dengan pergi ke Settings > General > About. Pada bahagian bateri, ia tidak hanya memaparkan jumlah kitaran bateri dicas ia turut memaparkan beberapa maklumat lain seperti tarikh pengeluaran dan juga tarikh penggunaan pertama.


Jumlah kitaran bateri hanya akan bertambah selepas bateri dicas secara penuh iaitu sehingga 100%. Walaubagaimanapun, fungsi ini dikatakan hanya tersedia untuk siri iPhone 15 sahaja. Model yang lebih lama dilaporkan tidak menyokong fungsi ini.

ARTIKEL BERKAITAN