Close

Facebook kini menyokong 4 profil berbeza dalam satu akaun

Meta hari ini mengumumkan fungsi baharu untuk Facebook, fungsi baharu tersebut adalah sokongan sehingga 4 profil berbeza dalam satu akaun. Fungsi ini dilihat akan memudahkan pengguna untuk mengasingkan maklumat atau aktiviti peribadi dan juga kerjaya.


Fungsi baharu ini membolehkan pengguna mencipta profil khas untuk sebarang aktiviti atau minat, sekaligus memudahkan pengguna mengatur dan mengurus dengan siapa anda berkongsi dan kandungan apa yang boleh dilihat. Setiap profil yang dicipta boleh menyertai Facebook Page atau Facebook Group yang berbeza. Fungsi ini turut menawarkan pengalaman yang lebih baik dari segi privasi.

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan pada fungsi ini iaitu tidak menyokong Marketplace, Dating, Professional Mode dan tidak boleh melakukan sebarang transaksi pembayaran.

Menarik mengenai fungsi ini adalah, profil yang dicipta tidak memerlukan nama dan identiti sebenar. Namun, sebarang aktiviti penyamaran akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh Meta. 

Selain itu, cara untuk menukar profil juga sangat mudah hanya melalui menu tanpa perlu melakukan log masuk semula. Fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna dan dilepaskan secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN