YouTube kini mempunyai aplikasi suntingan mereka sendiri yang dipanggil sebagai YouTube Create. Tampil dengan pelbagai fungsi suntingan menarik yang memudahkan pencipta kandungan.
YouTube Create tidak hanya memfokuskan kepada video pendek. Tetapi, turut menyokong suntingan untuk video panjang. YouTube menyatakan yang aplikasi ini dibina berdasarkan dari maklum balas 3000 pencipta kandungan.
Antara fungsi yang dibawakan adalah seperti menyokong lebih dari seribu pelekat GIF, preview splits, set effect dan pelbagai suntingan asas lain. Lebih menarik, YouTube Create menyokong koleksi muzik latar bebas royalti. Bermakna pencipta kandungan boleh menjana pendapatan melalui video. Selain itu, muzik latar juga boleh disegerakkan secara automatik dengan video yang disunting.
YouTube Create dijangka akan menjadi pesaing kepada CapCut yang dibangunkan oleh Bytedance, merupakan aplikasi suntingan yang popular pada ketika ini.
Buat masa ini, YouTube Create masih lagi peringkat percubaan dan hanya tersedia di beberapa negara seperti di UK, India, Korea, Singapura, Perancis, Jerman dan Indonesia.