Close

Harga jualan siri Google Pixel 8 tertiris sebelum pelancarannya

Umum mengetahui, Google akan melancarkan barisan baharu peranti andalan mereka iaitu siri Pixel 8 yang pada 4 Oktober 2023. Menjelang hari pelancarannya yang semakin hampir, pelbagai maklumat telahpun didedahkan.


I wasn’t really going to do this today, but someone claims they know the prices of the Pixel 8 series in the US, which isn’t really true, so here it is-

The Pixel 8 series pricing in the US from the most credible source there is – Google themselves. pic.twitter.com/t0dv4YtMl5

β€” kamila 🌸 (@Za_Raczke) September 24, 2023

 

Terbaru, harga jualan untuk siri Pixel 8 telahpun tertiris. Melalui perkongsian kamila di platform X, memperlihatkan harga jualan dan juga beberapa maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Pixel 8.


Untuk Pixel 8, ia akan dijual pada harga $100 (RM469) lebih mahal iaitu $699 (RM3278), berbanding Pixel 7 yang dijual pada harga $599 (RM2809). Manakala untuk Pixel 8 Pro, ia dijual pada harga sama seperti Pixel 7 Pro iaitu $899 (RM4216). Namun begitu, imej tersebut tidak mendedahkan maklumat mengenai saiz storan yang akan ditawarkan.


Selain itu, perkongsian tersebut turut membandingkan beberapa spesifikasi utama siri Pixel 7 dan siri Pixel 8 seperti cip, saiz RAM, keupayaan skrin, kamera dan juga maklumat mengenai keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN