Close

Huawei MatePad Pro 13.2″ dilancarkan – Skrin OLED 144Hz, bateri 10,100mAh dan pengecasan 88W

Huawei secara rasmi telah melancarkan tablet baharu mereka iaitu MatePad Pro 13.2-inci di China. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dan juga rekaan yang lebih menarik.

Tablet ini hadir dengan skrin OLED bersaiz 13.2-inci dengan resolusi 1920×2880. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Huawei tidak mendedahkan maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti ini. Namun, terdapat kemungkinan ia dikuasakan dengan cip Kirin 9000s. Untuk konfigurasi, ia dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar dan swafoto menggunakan sensor sebesar 16MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 88W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 mikrofon, 6 pembesar suara, Bluetooth 5.2 dan menjalankan HarmonyOS 4.0.


Di China, MatePad Pro 13.2-inci dijual pada harga bermula sekitar CNY 5199 (RM3355) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, White dan Green.

ARTIKEL BERKAITAN