Close

ASUS Vivobook 16 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM2599


ASUS Malaysia secara rasmi melancarkan komputer riba baharu untuk pasaran tempatan melalui model Vivobook 16. Hadir dengan rekaan yang lebih ringan, prestasi yang lebih berkuasa yang sesuai untuk pelbagai kegunaan.


Untuk spesifikasi, Vivobook 16 ini dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 15.6-inci dengan resolusi FHD yang turut menyokong kecerahan puncak 300 nits. Dijana dengan CPU AMD Ryzen 5 7530U atau Ryzen 7 7730U dengan GPU AMD Radeon Graphics. Dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0. Dimuatkan dengan bateri 42wH yang turut menyokong pengecasan 45W.


Papan kekunci pada Vivobook 16 adalah dari jenis ErgoSense yang membolehkan ia dibuka sehingga 180 darjah. Ia juga mempunyai Asus Antibacterial Guard dan hadir dengan sensor cap jari pada pad sentuh. Selain itu, ia juga menyokong Ketahanan gred tentera MIL-STD-810H AS.


Dari segi sambungan, Vivobook 16 mempunyai 1x USB-C 3.2 Gen 1 Type C, 2x USB 3.2 Gen 1 Type A, 1x USB 2.0, HDMI, 1x DC-in dan 1x bicu audio . Selain itu, Vivobook 16X turut menyokong sambungan WiFi 6, Bluetooth 5.3 dan pembesar suara Sonic Master.

Di Malaysia, Vivobook 16 ini ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan harga bermula RM2599 untuk model Ryzen 5 7530U dengan RAM tambahan 8GB. Manakala, model Ryzen 7 7730U dengan RAM tambahan 16GB dijual pada harga RM2999.

ARTIKEL BERKAITAN