Samsung bakal menjadi pengeluar terawal yang akan melancarkan peranti andalan mereka yang dijangka akan dilancarkan pada Januari 2024. Peranti andalan yang dimaksudkan adalah siri Galaxy S24.
Menurut laporan. Samsung ketika ini sedang dalam proses pembangunan untuk peranti andalan mereka yang seterusnya. Seperti model sebelumnya, Galaxy S24 akan turut ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.
Dengan pelancaran seawal Januari 2024, siri Galaxy S24 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Samsung turut dijangka akan hadir dengan sensor kamera 50MP baharu yang menawarkan kemampuan 5x zum optik.
Selain itu, Samsung dijangka akan mula menggunakan bahan binaan titanium yang lebih ringan dan lebih tahan lasak pada siri Galaxy S24. Dari segi pengecasan, Samsung mungkin akan mengekalkan pengecasan berwayar 45W.
Namun begitu, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana tarikh pelancarannya masih lagi panjang. Mungkin akan terdapat perubahan dari segi spesifikasi dan rekaan dari masa ke semasa.