Close

Public Bank, Maybank dan CIMB tidak akan mengenakan caj DuitNow QR

Seperti yang kita tahu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) akan mula mengenakan caj transaksi melalui DuitNow QR bermula pada 1 November 2023. 


Namun begitu, terdapat tiga bank yang tidak akan mengenakan caj DuitNow QR iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank dan Publick Bank, mereka tidak akan mengenakan caj DuitNow QR sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Manakala CIMB pula menyatakan, yang caj DuitNow QR tidak akan dilaksanakan pada tahun ini sebaliknya hanya akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2024.

Dalam kenyataan PayNet sebelum ini, caj transaksi DuitNow QR hanya akan dikenakan kepada penjual atau peruncit bukan kepada pengguna awam. Caj tersebut bukan caj baharu atau tambahan sebaliknya dikecualikan semasa pengenalannya bagi mengalakan pembayaran melalui kod QR. Seterusnya, dilanjutkan berikutan pandemik Covid-19 . Berikutan dari itu, bermula 1 November 2023 caj tersebut akan mula dikenakan.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN