Alternatif pembayaran tol menggunakan kad debit dan kad kredit melalui Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) kini tersedia dan boleh digunakan di 11 lebuh raya, bermula hari ini.
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka secara rasminya dibuka kpd semua hari ini!
Pengguna lebuh raya kini boleh m’buat bayaran tol m’gunakan kad debit, kad kredit & kad prabayar yg m’punyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard di 11 lebuh raya yg menawarkn perkhidmatan ini. pic.twitter.com/28WGwtTtjS
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) September 29, 2023
Melalui pengenalan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT), pengguna kini mempunyai lebih banyak alternatif pembayaran selain apa yang ditawarkan pada ketika ini melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Selain itu, dengan adanya alternatif pembayaran SPT ia dilihat akan dapat mengurangkan masalah kekurangan baki dan dapat melancarkan lagi pergerakkan trafik.
Gambar : Menteri Kerja Raya |
Senarai lebuh raya yang menyokong (SPT) :
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
- Terowong SMART
Secara keseluruhan, terdapat 12 lebuh raya yang menyokong alternatif pembayaran SPT termasuk Jambatan Pulau Pinang. Namun, ia akan dilaksanakan bermula penghujung tahun ini.