Huawei secara rasmi telah berkongsi tarikh pelancaran untuk produk baharu untuk pasaran tempatan pada 5 Oktober ini. Pada acara pelancaran ini, Huawei dijangka akan melancarkan beberapa produk antaranya Watch GT 4 dan Freebuds Pro 3.
Untuk Huawei Watch GT 4, ia hadir dalam dua pilihan saiz dan rekaan iaitu 41mm dengan rekaan seperti loket dan 46mm dengan rekaan seperti oktogon. Tampil dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 1.32-inci untuk 41mm dan 14.3-inci untuk 46mm.
Untuk kecergesan dan kesihatan, ia hadir dengan teknologi TruSeen 5.5+ yang dipertingkat dengan algotritma baharu untuk memberikan bacaan kesihatan yang lebih tepat dan terperinci. Dari segi ketahanan bateri, untuk 46mm ia menggunakan bateri 524mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari manakala, untuk 41mm pula menggunakan bateri 323mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari.
Manakala, untuk Huawei FreeBuds Pro 3 ia masih lagi menggunaka rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya. Namun, saiz bekas pengecas ia kini 4.5% lebih kecil dan 5% lebih ringan berbanding Huawei Freebuds Pro 2.
Dari segi kemampuan audio, ia hadir dengan pelbagai teknologi yang dipertingkat untuk pengalaman audio yang lebih baik. Antaranya seperti teknologi inteligent ANC 3.0, Triple Adaptive EQ, L2HC 2.0, LDAC, Hi-Res dan Pure Voice 2.0. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP54 dan Dual-Device connection. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 31 jam dengan bekas pengecas.
Bagi yang berminat, Huawei Watch GT 4 boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan deposit sebanyak RM50 dan bayaran penuh boleh dibuat pada 5 hingga 14 Oktober. Setiap pra-tempahan berpeluang untuk memenangi Huawei Watch GT 4 secara percuma dan hadiah percuma yang bernilai RM19,173.
Selain Watch GT 4 dan Freebuds Pro 3, Huawei dijangka turut melancarkan Huawei Mate Pad 11″ dan beberapa produk lain. Pada acara ini juga, Huawei akan turut mendedahkan maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan.