Close

TECNO Phantom V Flip 5G dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

TECNO telahpun melancarkan telefon lipat baharu mereka iaitu Phantom V Flip 5G pada minggu lalu. Merupakan telefon lipat jenis clamshell pertama dari TECNO. Tampil dengan rekaan yang berbeza dari telefon lipat yang ada di pasaran ketika ini.



Terbaru, TECNO melalui Facebook rasmi mereka telah memuat naik poster rasmi mengenai ketibaan Phantom V Flip 5G ke pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, poster tersebut tidak memberikan maklumat terperinci. Sebaliknya hanya menyatakan hari pengenalannya akan tiba dalam tempoh 3 hari daripada sekarang.


Selain itu, maklumat mengenai spesifikasi Phantom V Flip 5G juga tidak didedahkan. Namun, ia dijangka akan menawarkan spesifikasi yang sama iaitu hadir dengan skrin dalaman bersaiz 6.9-inci LTPO OLED dengan paparan 120Hz dan skrin luar bersaiz 1.39-inci AMOLED yang turut menyokong kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8050 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Dengan hari pelancaran yang semakin hampir. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN