Astro mengumumkan yang Go Shop akan menamatkan operasi mereka secara sepenuhnya bermula 11 Oktober ini. Go Shop yang dikendalikan oleh Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) merupakan sebuah platform beli-belah dan e-dagang.
Menurut Astro, keputusan ini dibuat selepas melihat kepada landskap ekonomi yang semakin mencabar dan perubahan permintaan pengguna yang berubah secara keseluruhan. Perubahan ketara tersebut dapat dilihat sejak pandemik.
Penamatan operasi ini adalah sebahagian daripada strategik penjajaran semula dan juga perlaksanaan langkah untuk penjimatan kos. Dengan penamatan Go Shop, Astro boleh memfokuskan kepada sumber perniagaan yang mampu menyumbang perbezaan besar kepada keseluruhan operasi.
Dalam pada itu, Go Shop turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelangggan dan rakan kongsinya atas sokongan yang diberikan selama ini.