Close

TikTok bakal perkenal pelan langganan bulanan – Bayar lebih untuk bebas iklan

TikTok dilaporkan sedang menguji pelan langganan bulanan untuk pengguna mereka. Pelan langganan ini memfokuskan kepada pengalaman penggunaan tanpa sebarang iklan.
Pelan langganan bulanan ini akan ditawarkan pada harga sekitar $4.99 (RM24) sebulan. Melalui pelan ini, pengguna akan menikmati pengalaman penggunaan tanpa sebarang iklan atau pengguna boleh terus menggunakan TikTok secara percuma dengan iklan.
Walaubagaimanapun, pelan langganan bulanan ini masih lagi dalam fasa percubaan dan hanya tersedia kepada beberapa pengguna TikTok di Amerika Syarikat sahaja. Selain itu, harga langganan bulanan yang ditawarkan mungkin akan berubah selepas pelan tersebut diperkenalkan.
TikTok ketika ini mempunyai 1 billion pengguna aktif setiap bulan dan telah dimuat turun lebih dari 2.7 billion di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN