Close

Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin hadir dengan skrin jenis rata

Gambar : Onleaks X Smartprix

Samsung nampaknya bakal melakukan beberapa perubahan pada Galaxy S24 Ultra dan tidak lagi menggunakan skrin jenis melengkung. Sebaliknya, akan menggunakan skrin jenis rata.


Gambar : Onleaks X SmartPrix

Menurut laporan, Samsung akan melakukan perubahan pada rekaan skrin Galaxy S24 Ultra dengan menggunakan skrin jenis rata dengan bahagian sisi sedikit melengkung. Selain itu, Galaxy S24 Ultra akan menggunakan bingkai skrin yang lebih nipis dan lebih simetri. 


Gambar : Onleaks X SmartPrix

Masih menggunakan saiz skrin yang sama iaitu 6.8-inci dengan resolusi WQHD+ yang menjanikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih imersif. Dari segi rekaan, Galaxy S24 Ultra dilihat akan hadir dengan rekaan sisi yang lebih berkotak dan terdapat sedikit lengkungan pada bahagian sisi.


Gambar : Onleaks X SmartPrix

Untuk tetapan kamera, ia masih menggunakan rekaan dan tetapan kamera yang sama iaitu floating camera seperti model sebelumnya. Siri Samsung Galaxy S24 dijangka akan dilancarkan pada Januari 2024 dan akan menjadi peranti terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN