Close

Samsung Galaxy S23 FE dilancarkan – Dua pilihan cip dengan kamera utama 50MP

Selepas tidak dilancarkan pada tahun lalu, Samsung membawakan kembali siri FE (Fan Edition) melalui model Galaxy S23 FE. Masih membawakan idea yang sama iaitu rekaan dan fungsi setanding dengan model premium tapi ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.

Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED X2 jenis rata bersaiz 6.4-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200 bergantung kepada pasaran, dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 12MP ultra sudut lebar + 8MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 10MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.3, WiFi 6E, penarafan IP68, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari di bawah skrin dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 13. Samsung turut menjanjikan kemas kini seperti model premium iaitu 4 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.

Di Amerika Syarikat, Galaxy S23 FE dijual pada harga sekitar $599 (RM2833). Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Namun, buat masa ini Samsung Malaysia belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN