Close

Spesifikasi OPPO Find N3 tertiris – Cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan kamera telefoto 64MP

Gambar : Digital Chat Station

OPPO dijangka bakal melancarkan peranti boleh-lipat mereka yang seterusnya iaitu Find N3. Peranti ini telahpun disahkan hadir dengan rekaan yang sama seperti OnePlus Open. Namun, tiada maklumat lanjut mengenainya didedahkan.

Terbaru, spesifikasi OPPO Find N3 dilaporkan telah tertiris. Peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin luar 6.31-inci OLED 120Hz dan skrin dalaman 7.82-inci OLED 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, Find N3 dijangka akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP ultra lebar + 64MP telefoto dengan 3x zum optik. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera 32MP + 20MP. Keupayaan kamera ini dijangka akan dipadankan dengan penjenamaan Hasselblad.

Dimuatkan dengan bateri 4805mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W. Selain itu, Find N3 turut dijangka akan hadir dengan butang ikonik OnePlus iaitu alert slider. Namun begitu, spesifikasi yang dikongsi ini masih tidak disahkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN