Berikutan dari pengumuman pengharaman transaksi e-dagang melalui platform media sosial oleh Indonesia. TikTok akan mula menghentikan transaksi e-dagang TikTok Shop berkuatkuasa bermula 4 Oktober ini.
TikTok menyatakan yang mereka akur dan akan terus mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Indonesia. Selain itu, TikTok akan bekerjasama dengan Indonesia dalam usaha untuk menyeleraskan rancangan mereka pada masa akan datang.
Pengharaman transaksi e-dagang ini dibuat bertujuan untuk melindungi peniaga luar talian dan juga perusahaan kecil atau sederhana daripada terus terjejas berikutan aktiviti jual-beli melalui platform media sosial. Selain itu, memastikan persaingan perniagaan menjadi lebih adil dalam masa yang sama melindungi data pengguna.
Indonesia turut memberikan amaran kepada semua platform media sosial, bank atau mana-mana perniagaan supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform e-dagang.
Walaubagaimapun, tidak dapat dipastikan adakah TikTok akan melancarkan aplikasi e-dagang baharu yang berasingan dari media sosial mereka atau sebaliknya.