Close

Samsung Galaxy S23 FE kini rasmi di Malaysia – Boleh dibeli bermula 10 Oktober dengan harga bermula RM2999

Samsung Malaysia secara rasmi mengesahkan yang Galaxy S23 FE akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Hadir dengan rekaan dan fungsi setanding dengan model premium tapi ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.


Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED X2 jenis rata bersaiz 6.4-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip binaan 4nm (Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200) tidak dapat dipastikan pasaran Malaysia ia akan dijana cip Snapdragon atau Exynos. Dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 12MP ultra sudut lebar + 8MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 10MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W.


Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.3, WiFi 6E, penarafan IP68, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari di bawah skrin dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 13. Samsung turut menjanjikan kemas kini seperti model premium iaitu 4 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.


Di Malaysia, Galaxy S23 FE ditawarkan dengan harga bermula RM2999 untuk 8GB + 128GB dan RM3299 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam empat piihan warna iaitu Mint, Cream, Graphite dan Purple. Bagi yang berminat, Galaxy S23 FE akan tersedia bermula 10 Oktober 2023.

ARTIKEL BERKAITAN