Close

Apple lepaskan kemas kini iOS 17.0.3 untuk masalah “overheat” pada iPhone 15 Pro

Apple sebelum ini, telahpun mengesahkan yang masalah kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro disebabkan oleh masalah pepijat. Apple telahpun mengenal pasti masalah tersebut dan akan memberikan kemas kini untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Berikutan dari itu,  Apple telahpun melepaskan kemas kini baharu untuk iPhone 15 Pro melalui iOS 17.0.3. Kemas kini bukan hanya menyelesaikan masalah kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro. Tetapi ia turut menyelesaikan beberapa masalah lain seperti keselamatan dan masalah pepijat lain.

Bagi pengguna siri iPhone 15, anda digalakkan untuk mengemas kini ke iOS 17.0.3 bagi menyelesaikan masalah kepanasan yang melampau dan beberapa masalah lain. Seperti biasa, pastikan sambungan rangkaian dalam keadaan baik sebelum mengemas kini.

ARTIKEL BERKAITAN