Close

Siri TCL 40 NXTPAPER kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM899

 

TCL secara rasmi melancarkan telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan melalui siri TCL 40 NXTPAPER. Peranti ini menggunakan skrin jenis matte yang menggurangkan masalah silau pada skrin dan tidak akan memenatkan mata untuk penggunaan jangka masa panjang.



TCL 40 NXTPAPER 4G ini hadir dengan skrin 6.78-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang turut menyokong slot kad mikro SD.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP ultra lebar +  2MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5010mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Menarik mengenai peranti ini adalah ia menyokong stylus melalui Arful T-pen yang menyokong untuk menulis, melukis dan sebagainya.

TCL 40 NXTPAPER turut ditawarkan dengan pilihan rangkaian 5G, hadir dengan skrin 6.6-inci HD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 256GB yang turut menyokong slot kad mikro SD.

Dari segi fotografi, ia turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP ultra lebar +  2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan 15W. TCL 40 NXTPAPER 5G tidak menyokong stylus melalui Arful T-pen seperti mana varian 4G.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis mono, NFC, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan NXTPAPER UI yang berasaskan Android 13.

Di Malaysia, TCL 40 NXTPAPER 4G dijual pada harga RM899 dan TCL 40 NXTPAPER 5G dijual pada harga RM999. Bersempena dengan pelancarannya, TCL menawarkan hadiah percuma berupa TWS yang bernilai RM150 untuk setiap pembelian dari 10 hingga 17 Oktober untuk model TCL 40 NXTPAPER 5G.

ARTIKEL BERKAITAN