Close

Rangkaian 5G di Malaysia kini meliputi 70.2% kawasan berpenduduk


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil menyatakan yang rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai 70.2% di kawasan berpenduduk setakat 30 September 2023. 



Dalam masa yang sama, sebanyak 5873 tapak 5G telah siap dibangunkan. Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dengan sasaran sebanyak 7509 tapak 5G akan dibina di seluruh negara.


Semasa saya ambil alih KKD, saya pernah nyatakan antara tumpuan utama saya adalah pembangunan infrastruktur telekomunikasi.

Alhamdulillah melalui beberapa inisiatif yang dilaksanakan, pengguna 5G di Malaysia telah melonjak lebih 2 juta. pic.twitter.com/g6pOQXl6sL

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) October 9, 2023

 

Namun begitu, dari segi jumlah langganan rangkaian 5G yang direkodkan pada ketika ini masih lagi rendah iaitu sekitar 7.4% bersamaan dengan 2.49 juta.


Beliau turut berkongsi mengenai Pakej 5G Rahmah, yang mana ia telah merekodkan 50,999 langganan sejak ia mula diperkenalkan pada 31 Ogos 2023. Jumlah tersebut di jangka akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN